Ramadan suda Tiba.
Friday, 20 July 2012, ϟ 0 shout(s)
haiiiiiiiiii:))
sekarang da bulan ramadan la ..hahha posa ta ni?,,ni na bagitahu amalan-2 mulia di bulan Ramadan.agar dapat menambah lagi amalan berpuasa kita. INSYAALLAH :)
- Puasa adalah amalan terpenting sepanjang bulan Ramadan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183-187.
- Tilawah al-Quran iaitu Allah SWT berfirman:"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar." (Sad:29)
- Memberi makan dan sedekah. Rasulullah SAW memberikan makanan kepada orang-orang yang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memberi makanan kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut." (Riwayat Tirmidzi dan an-Nasa'i)
- Zakat fitrah. Pada hari-hari terakhir bulan Ramadan, amalan yang disunatkan oleh Rasulullah SAW ialah membayar zakat fitrah, suatu kewajipan yang perlu dipenuhi oleh umat Islam baik lelaki mahupun perempuan, baik dewasa mahupun kanak-kanak. Zakat fitrah ini berfungsi sebagai pelengkap penyucian untuk orang yang berpuasa dan membantu fakir miskin.
- Iktikaf iaitu berdiam diri di dalam masjid dengan niat beribadah kepada Allah. Abu Said al-Khudri r.a. berkata, beliau pernah melihat Rasulullah SAW melakukan iktikaf pada awal Ramadan, pertengahan Ramadan dan terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.
- Umrah juga elok dilaksanakan pada bulan Ramadan, kerana nilainya berlipat ganda, sebagaimana pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW kepada seorang wanita dari Ansar bernama Ummu Sinan: "Agar apabila datang bulan Ramadan ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah SAW." (Riwayat Bukhari Muslim)
- Ramadan bulan taubat. Sebagai hamba-Nya sudah tentu kita mengharapkan keampunan dari-Nya. Kita bermunajat memohon taubat atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pemurah dan Maha Pengampun.
- Lailatul-qadar iaitu malam yang lebih berharga dari seribu bulan. Firman Allah: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (al-Qadr: 1-5) Dalam hal ini Rasulullah menyatakan: "Sesiapa yang solat pada malam Lailatulqadar berdasarkan iman dan ihtisab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukhari Muslim).
new past
